BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, July 28, 2010

true colour.....

hipokrit........

mmg mudah untuk melabel orang di sekeliling anda dengan perkataan ini...tapi cuma melabel tanpa melihat cerminan diri terlebih dahulu ...itu wajar atau tidak??
mungkin ada yang menganggap lebih mudah untuk menjadi hipokrit untuk menarik perhatian orang lain.....tapi tindakan anda itu betul atau tidak??
kalau anda inginkan perhatian sekali pun, perlukah anda cipta satu imej yang bukan diri anda dan canangkan kepada orang lain walaupun anda tahu lambat laun perkara tersebut bakal diketahui ramai....inilah masalah manusia....
takut untuk menjadi diri sendiri.....takut menghadapi kenyataan yang anda pun bukan sehebat mana...takut menjadi setaraf dengan orang kebanyakan....tapi...berapa besarkah anda untuk dibandingkan dengan diri orang lain?
anda juga manusia biasa...ada kemampuan yang sama dengan kami semua...cuma yang membezakan kita semua adalah usaha untuk berjaya.....
dan sekarang ini mmg terbukti usaha anda sama saja dengan kami....tidak perlu anda mahu merendahkan orang lain seperti mereka itu berada jauh di bawah kasta anda..sebab kita semua sama...kalau anda kata kami ini hina...anda juga hina....kami kenal siapa anda...
kami tahu latar belakang anda...cuma kami keliru kenapa anda bertindak bodoh lebih dari kami sangkakan.....
memang semua manusia ada kebodohan...tapi anda akan jadi lebih bodoh kalau anda sendiri cuba membodohkan orang lain dengan kebodohan anda....itu cuma menampakkan anda lebih bodoh daripada orang lain di sekeliling anda.....
mungkin anda perlu lihat kembali hidup anda....sewaktu anda memulakan penipuan anda hingga hari ini....sudah terlalu ramai yang menaruh kepercayaan kepada anda.....ada yang menganggap anda sebagai abang atau kakak yang baik, pelajar yang cemerlang, dan mungkin kawan yang setia....kalau dari segi lakonan, mungkin anda sangat berbakat melakonkan watak anda dengan baik....hingga orang disekeliling anda berjaya dimainkan perasaannya....
cuma satu perkara yang sangat tidak boleh diterima....dan yang membuatkan anda lebih hina daripada kami semua.....anda menipu dengan bermain perkataan TUHAN....
mungkin saya bukan insan yang warak untuk menilai anda dari sudut ketuhanan...tapi saya tahu batasnya kalau anda nak menipu dan berdusta sekalipun....
anda bersyukur atas pemberiannya walaupun anugerah tersebut tidak pun anda miliki...
ITU PENIPUAN
anda pernah mengadu kenapa anda diduga terlalu hebat oleh tuhan walaupun anda hanya mengadakan cerita
ITU PENIPUAN
anda kata anda tidak mahu menjaga hati orang lain lagi kerana hati anda tidak dijaga dan anda ingin tuhan membalas kepada mereka....
ITU PENIPUAN

kalau nk diceritakan tentang rencana penipuan anda mungkin terlalu panjang untuk dikarang....
tapi kebenaran itu perlu bagi anda sedari.....
"sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga"
anda perlu sedar...walau anda pandai bermain kata, walau anda cerdik berlakon cerita, walau anda geliga merangka rencana....itu semua tidak akan kekal tersimpan....
kerana orang di sekeliling anda ada mata dan juga telinga.....
panca indera yang sangat bergunandan sangat peka.....
jadi selamat berjaya bagi anda menempuh kehidupan selepas apa yang anda rencanakan semua diketahui ramai...

0 comments: