BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, July 8, 2010

Mula Menulis Semula.......=)

setelah sekian lama menyepi tanpa sebarang penulisan, kadang kala rasa rindu untuk menulis itu mula membuak- buak semula....blog yang dulu telah lama ditinggalkan...malah sudah di deletekan oleh admin blogger.com...hahaha....tapi tak mengapa....kerana itu ingin dimulakan semula dengan penulisan yang lebih baik dan berilmiah.....


hati saya mula tergerak untuk menulis semula bukan kerana melihat trend orang yang kini rata-rata mempunyai blog sendiri, tapi mungkin lebih kerana saya ingin mencari satu peluang menyuarakan pendapat sendiri yang kadang kala tidak didengari pun dalam dunia realiti. mungkin dalam alam maya ini adalah satu wadah yang baik untuk saya suarakan pendapat. meskipun ianya mungkin tidak pun memberi sebarang kesan pada dunia realiti tapi jika ada yang menyedari dan terlihat cetusan minda saya ini, itu sudah mencukupi.asalkan cetusan itu dapat saya keluarkan dari benak fikiran.

namun, kadang kala situasi sekeliling dalam penggunaan blog ini sering kali menjadi wadah untuk menempelak peribadi mahupun perlakuan orang lain. mungkin ini bukan cerita baru tapi kadang kala sebagai penulis blog perlu ada kematangan dalam sensitiviti penulisan. kita semua sedar blog ini platform nya bagaimana. satu dunia ada akses untuk melihat tulisan anda. jadi sensitiviti itu perlu dijaga.

mungkin ada yang membidas bahawa tidak ada pun peruntukan undang-undang bagi menapis sebarang penulisan dalam blog namun sebagai seorang penulis yang baik seharusnya ada etika dalam penulisa meskipun anda hanya menulis blog untuk suka- suka. kita tidak mahu blog ini menjadi satu medium yang boleh menyebabkan permusuhan. jadi kalau benar pun seorang penulis blog tersebut mahu menyuarakan ketidakpuasan hati mahupun teguran haruslah penulisan itu dilakukan secara berhemah dan bukan dengan membabi buta sahaja.

jadi bagi peringatan diri sendiri dan juga yang lain, kita perlu ada kesedaran dalam penulisan blog ini agar keadaan yang tidak kita ingini dapat dielakkan.jadikan blog ini sebagai wadah yang positif dalam penyampaian ilmu agar semua orang mendapat manfaat dan bukan mudarat.....=)



0 comments: